Tarikh : 22 Februari 2018
Masa : 8.00 pg - 6.00 ptg
Lokasi : Relau
Peserta : Penduduk Setempat dan Masyarakat Sekitar
Tujuan 
Menjalankan kempen Klik Dengan Bijak dan website Sebenarnya.my. Hal ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat dengan kepentingan dan kesan-kesan buruk yang akan terjadi kepada diri sendiri serta orang lain sekiranya menyebarkan sesuatu berita di media sosial tanpa selidik terlebih dahulu. Selain itu, kempen Klik Dengan Bijak dapat memberi kesedaran kepada pengguna media sosial untuk menjadi pengguna bijak dalam melayari media sosial. 
Aktiviti 
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya pertandingan mewarna untuk kategori kanak-kanak di mana semua pelajar tadika mengambil bahagian untuk pertandingan mewarna ini, cabutan bertuah sebanyak 3 sesi iaitu sesi pagi, sesi petang dan sesi malam, gerai jualan yang menjual pelbagai makanan dan minuman antaranya keropok lekor, nasi lemak, nenas dan lain-lain, permainan tradisional seperti congkak, dam dan catur serta lain-lain aktiviti 
Gambar Disini