200px Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar

smk lubok

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SMK. LUBOK BUNTAR, LUBUK BUNTAR KEDAH

 

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar atau nama ringkasnya SMK Lubuk Buntar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pekan Lubuk BuntarSerdang.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar memiliki 323 pelajar lelaki dan 311 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 634 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.

Latar Belakang Sekolah

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar mula beroperasi pada tahun 1986. Sejak mula ditubuhkan sehingga ke hari ini,prasarana sekolah yang nyata kekurangan ,telah melalui beberapa proses peningkatan dan penambahbaikan  dari semasa ke semasa di atas  kawasan seluas 16.9 ekar.
  • Pada tahun 2012,genaplah 26 tahun ,SMKLB beroperasi  sebagai pusat pendidikan  dan wahana ilmu.Kini,setelah melalui beberapa kali proses transformasi , SMKLB  terus melangkah  gagah dengan kekuatan staf akademik  seramai 51 orang dibantu  oleh 13 orang staf sokongan ,7 orang pekerja am swasta dan 6 orang pegawai keselamatan.
  • Sekolah ini mempunyai seramai  672 orang pelajar yang dtempatkan dalam 18 buah bilik darjah daripada tingkatan 1 ke tingkatan 5, aliran Sains dan Kemanusiaan  serta sebuah Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP).Terdapat tiga buah kelas yang menempatkan pelajar-pelajar  Kelas Rancangan Khas ( Bahasa Arab Komunikasi )yang terdiri daripada pelajar-pelajar  Tingkatan  1,2 dan 3.
  • Sejarah

    Ringkasan Peristiwa-Peristiwa Penting Penubuhan SMKLB 

TAHUN   PERISTIWA
Jan 1986  Mula ditubuhkan dan dikenali dengan nama SEKOLAH MENENGAH LUBOK BUNTAR
Jul 1986  Bangunan baru SM Lubok Buntar mula digunakan sepenuhnya
Jan 1998 

Jumlah guru mula bertambah  menjadi 11 orang serta 4 orang staf sokongan mula ditempatkan disini.

30 Jun 1990  Perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato` Seri Anwar Bin Ibrahim ,Menteri Pelajaran ketika itu.
1996 

Asrama Desa mula beroperasi

2001 

Makmal Komputer Fasa Pertama sebanyak 22 buah komputer dibekalkan.

2005  Kelas Pendidikan Khas dengan 20 orang pelajar dan 7 orang guru mula dilaksanakan.
2010

Surau Al-Huda siap dibina dan dirasmikan pada 30 September 2010 oleh Tn Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu,Tn.Hj.Abu Bakar bin Mat Ali

2011 Pelancaran Sambutan Jubli Perak SMK Lubok Buntar(1986-2011)

 

Nama Sekolah SMK Lubok Buntar
Alamat  Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar Serdang, Kedah, Malaysia 09800 
No.Telefon  04-407 7895 
Emel 
Website  https://www.facebook.com/smklbsOfficial/ 

 


Tadika (Pra Sekolah) - 2 Buah

Sekolah Rendah - 2 Buah

200px Lencana Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar

SKLB2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1) SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK BUNTAR

Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar bermula dengan namanya Sekolah Melayu Lubok Buntar. Dibina dalam tahun 1926, Sekolah Melayu Lubok Buntar merupakan sebuah bangunan batu dua tingkat dengan tingkapnya diperbuat daripada anyaman bertam yang berbingkai kayu.

Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka pada tahun 1927 dengan stafnya seramai empat orang, seorang Guru Besar dan tiga orang guru penolong. Guru besarnya ialah Encik Ayub bin Haji Mat Akib berkelulusan dari Teacher’s College, Malacca sementara guru-guru yang lain adalah guru-guru tanpa latihan (untrained). Mereka ialah Encik Puteh bin Mohd Shariff, Tuan Haji Noh bin Penghulu Jusoh dan Encik Saad bin Ahmad.

Semasa Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka, murid-muridnya terdiri daripada murid-murid lelaki dan perempuan. Tetapi pada tahun kedua (1928), murid-murid perempuan terpaksa diberhentikan persekolahan mereka kerana tidak dibenarkan bersama-sama belajar dengan murid-murid lelaki. Perkara ini berlaku setelah sekolah ini dilawati oleh seorang Ulamak (Syaikul Islam) Kedah yang bernama Wan Sulaiman. Beliaulah yang membuat bantahan tentang perkara tersebut (system co-ed). Menurutnya, murid-murid perempuan hanya boleh belajar semula setelah ada guru perempuan yang mengajar mereka.Apabila sekolah ini mula dibuka, ia hanya ada tiga kelas β€˜0’ (sifar).

Mengikut system persekolahan pada masa itu, hanya murid-murid yang lulus dinaikkan darjah iaitu ke Darjah Satu dan seterusnya. Murid-murid yang tidak lulus dikekalkan di kelas  0 dan seterusnya.Tiada had umur untuk memasuki sekolah pada masa itu. Oleh itu, tidak hairanlah ada murid-murid yang berumur 6 tahun, 7 tahun bahkan yang berumur sebelas tahun dalam kelas 0.Dalam tahun 1930, Sekolah Melayu Lubok Buntar dibekalkan dengan dua orang guru tambahan. Mereka ialah Encik Arof bin Saad dan Encik Mohamad bin Mat Saman. Pada masa itu telah ada enam kelas iaitu Kelas 0 hingga Darjah Lima.Mulai tahun 1929, waktu persekolahan terbahagi kepada dua sesi iaitu dari jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari 2.00 petang hingga 4.00 petang.Sesi petang ialah untuk Kelas Quran Tajuwid dan Fardhu Ain.

Guru-guru yang mengajar pada sesi petang ialah Encik Yusof, Encik Khalid dan Encik Nasir.Begitulah perjalanan Sekolah Melayu Lubok Buntar sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941.Pada tahun 1935 apabila Guru Besar yang pertama, Encik Ayub bin Haji Mat Akib bersara, beliau digantikan oleh Guru Besar kedua, Encik Mat Din bin Mat.Semasa pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan markas sementara tentera Jepun untuk beberapa bulan. Pada akhir tahun 1942, Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka semula.Nama sekolah-sekolah di Tanah Melayu/Malaysia bertukar dari masa ke semasa. Begitu jugalah dengan sekolah ini; dari sekolah Melayu Lubok Buntar kepada Sekolah Umum Lubok Buntar dan seterusnya selepas kemerdekaan kepada Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar.Pada masa sekarang, Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar yang terdiri dari Bangunan Asal dan tiga bangunan yang lain berdiri megah di pekan Lubok Buntar yang warganya  terdiri dari seorang Guru Besar, 2 orang Penolong Kanan, 31 orang  Guru Penolong, 3 orang staf sokongan dan 431 orang murid.

Tarikh Kemaskini: 1 Sept 2013

 

Nama Sekolah   Sekolah Kebangsaan Lubok BuntarSekolah 
Alamat Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar, 09800 Serdang Kedah Darul Aman 
No.Telefon  04-4078343 
Emel  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
Website  http://KBA1005.1bestarinet.net/sklubokbuntar 

 

  2) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) POAY CHAI

 

sjkp poay chaisjkc


 

Sekolah Menengah - 1 Buah

Sekolah Agama - 1 Buah

Pusat Internet Berdekatan - 5 Buah

- Pusat Internet Bandar Baharu

- Pusat Internet  Lubuk Buntar

- Pusat Internet  Serdang

- Pusat Internet  Sg.Batu

- Pusat Internet  Selama