Tarikh : 7 Mei 2017

Tempat : PinesTrees Wedding Photos dan Rekreasi

Sungai Sedim, Kulim Kedah

Rasai Pengalaman Mandi Sungai yang Menyejukkan, Meniti Jambatan Gantung Kanopi Terpanjang Dunia & Ber Water Rafting di Jeram Terbaik Malaysia.

Pengalaman : En.Hazzrin Runs

 

Di daerah Kulim terdapat satu tarikan yang popular iaitu Sungai Sedim. Terletak di Kampung Sedim, lebih kurang 33 km dari bandar Kulim, Kedah. Nak pegi tempat ni boleh tahan jauh dari lebuhraya PLUS. Memang masuk kampung betul la.Susah sikit saya nak bagitau peta, cuba la cari di blog sungaisedim.blogspot.com/‎ Asal nama Sedim ialah Sidim atau Sidin mempunyai sejarah kesultanan yang cukup klasik sejak Kedah belum terima Islam lagi.Kebetulan, saya ada menganjurkan kursus untuk pelajar saya di Sedim Rainforest Resort. Jadi, saya cuba nak kongsikan pengalaman tentang tarikan utama di sekitar Sungai Sedim ni

SEDIM RAINFOREST RESORT  -  Ini tempat penginapan kami. Apa yang 'best' nya di sini ialah chalet yang kami tempah berharga RM 138 semalam, betul-betul mengadap Sungai Sedim yang bersih dan deras airnya. Setiap saat akan terdengar deruan air sungai deras yang menuruni jeram seakan tidak akan berhenti. Resort ini juga dikelilingi hutan tua yang masih mengekalkan keaslian dan kehijauannya. Apa yang pasti, bunyi-bunyian unggas dan burung-burung juga turut bersaing bersama-sama deruan air sungai. Waktu malamnya agak sejuk dengan suhu sekitar 24-27 darjah celcius. Jika hujan, lagi la semakin sejuk.

Tempat ini juga cuba untuk mengekalkan privacy di mana sungai yang berhadapan resort dikhususkan untuk para tetamu resort bermandi-manda. Dewan terbuka dan kafetarianya betul-betul berhadapan dengan sungai yang menambahkan keasyikan, ketenangan dan keselesaan tetamu.Chaletnya, boleh tahan besar, boleh memuatkan 3-4 orang.Setakat kami menginap masa tu,  takde aircond disediakan, hanya kipas dinding. TV, tuala dan sabun pun tidak disediakan. Saya difahamkan bahawa resort ni asalnya milik kerajaan negeri dan chaletnya sangat teruk kerana perbuatan vandalism sebab tidak dijaga kemudian diberikan kepada syarikat swasta untuk dimajukan dan baru beroperasi setahun lebih. Sekarang tempat ni dah semakin ok. Disebabkan tarikan graviti, air paip untuk mandi pun agak perlahan. Tapi sejuk sangat sebab 100% sumber air dari air Sungai Sedim yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan menyerupai air mineral. Apa yang syoknya, kawasan ni takde nyamuk. Dalam chalet pun takde nyamuk, di luar chalet pun takde nyamuk.Selepas 12 tgh malam, suasana di sini boleh tahan sejuk, sehinggakan saya sukar untuk tidur.

MANDI-MANDA DI SUNGAI SEDIM - Airnya cukup sejuk, jernih, dan bebas dari kencing tikus disebabkan airnya yang agak deras. Cuma berhati-hati memilih tempat mandi kerana ada kawasan yang dalam dan kawasan yang airnya deras. Kalau nampak air tu berbuih-buih, keruh, banyak ranting-ranting kayu hanyut, airnya semakin deras dan airnya naik tiba-tiba maka cepat-cepat la lari ye. Mungkin ada hujan di kawasan gunung dan dikhuatiri akan ada bah. Kebetulan semasa kami di sini, ada satu hari tu hujan. Jadi, kami menyaksikan sendiri betapa derasnya air mengalir sehingga menutupi batu-batu besar, betapa lajunya air sungai tu menuruni jeram, betapa kuatnya deruan sungai dan betapa cepatnya air sungai tu melimpah sehingga ke luar tebing. Patut la tiap-tiap tahun mesti ada yang mati atau cedera disebabkan lemas di air yang dalam atau di bawa arus deras.

TREE TOP WALK Di - sini ada jambatan gantung besi sepanjang 950 meter dengan ketinggian 50 meter dari tanah dan dianggap Titian Canopy Terpanjang di Dunia. Dengan bayaran RM 10, kita boleh menyaksikan keindahan alam,  kehijauan hutan dan keindahan sungai sedim. Saya juga ada post sebelum ni tentang Tree Top Walk http://haizanrunsah.blogspot.com/2010/11/tree-top-walk-sungai-sedim-laluan.html

WATER RAFTING - Saya selalu diberi banyak persepsi negatif berkaitan sukan air yang dinamakan Water Rafting. Masalah saya ni, bila makin orang cakap bahaya, makin bersemangat saya nak mengkaji sendiri. Persoalannya betul ke bahaya. Jom ikuti pengalaman saya semasa ber water rafting di Sungai Sedim yang dianggap antara arus terderas di dunia dan diiktiraf juga sebagai jeram terbaik di Malaysia bagi sukan Water Rafting. Sungai Sedim juga dikategorikan lima lokasi pilihan di Asia Pasifik. Banyak juga pertandingan Water Rafting peringkat antarabangsa berlangsung di sini. Malah, dengar kata National Geografi pun ada buat penggambaran di sini.Sepanjang Sungai Sedim sejauh 15 km ni terdapat 24 jeram dengan nama-nama tertentu seperti Salak, Kasai, Kawah dan Tiga.  Saya menggunakan khidmat Sedim Rainforest Resort untuk menguruskan aktiviti water rafting dengan bayaran RM 180 seorang. Tapi kami dapat harga 'special' sebab buat kursus kat sini. Trek kami mengambil masa 1 jam dan akan menuruni hampir 12 jeram. Mula-mula kami diberi taklimat keselamatan dulu oleh Skipper (orang yang akan jadi jurupandu bot). Kemudian kami diarahkan untuk menjalani Water Confident. Terpaksa la kami terjun di sungai yang dalam dengan jaket dan topi keselamatan sambil berlatih mengambil tali keselamatan yang dilemparkan.

Sumber : http://haizanrunsah.blogspot.my/2013/09/sungai-sedim-kulim-kedah-rasai.html#!/tcmbck  


 

Air Putih Batu Hampar

Air Putih Batu Hampar merupakan pelancongan berasaskan eko-lancong yang terletak di Serdang, Kedah. Daya tarikan destinasi pelancongan ini adalah bergantung kepada sumber sedia ada iaitu air terjun, unggas, flora dan fauna. Kemudahan pelancongan juga disediakan, pada masa yang sama pengawasan dan pemantauan yang berterusan bersama-sama dengan agensi seperti Jabatan Perhhutanan dan  Perhilitan Jabatan Alam Sekitar mahupun Jabatan Pertanian dalam melindungi dan memantau keadaan alam semulajadi.