Lebih dikenali sebagai WARUNG BUNGA AISYAA.. Yang mana menyajikan pelbagai menu ringan mudah dan simple. Antara menu yang paling di gemari warga tempatan adalah mee kari, laksa kampung, bihun sup utara dan ais blended. Warung ini telah diwujudkan pada penghujung bulan 5/2023,buka dari jam 1petang hingga jam 6.30 petang, tutup pada setiap hari Sabtu..

Untuk merasai akan keenakan resepi kampung anda boleh singgah dan sapot warung ini yang menggunakan konsep " Santai2 makan lepak bawah pokok moktan sambil tengok keta lori bas lalu"

 

LOKASI : Kedai di kg matang simpoq berdepan dengan surau

 

warung bunga

   


 

Lebih dikenali sebagai Kafe Nelayan Sungai.. Yang mana menyajikan pelbagai lauk pauk yang berasaskan ikan sungai. Antara nya yang paling terkenal pada penduduk tempatan adalah KARI BAUNG SUNGAI. Cafe ini telah diwujudkan lebih kurang pada tahun 2015.. Untuk merasai akan keenakan resepi kampung anda boleh menghubungi talian 0124137144 untuk mendapatkan makanan yag segar bugar. Mereka juga menerima semua jenis tempahan untuk sebarang majlis. Kedai mereka bertempat di alamat 

No 68 Pekan Permatang Kerat Telunjuk
Bandar Baharu Kedah

 

KARI BAUNG

      KAFE NELAYAN SUNGAI

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Cucur Jagung Parit Teropong

cucur

Bahan-bahan:

1 paket jagung segar disagat menjadi 4 cawan jagung cincang - guna 4 tongkol

4 cawan tepung gandum

1 biji telur

1 genggam ikan bilis@udang kering ditumbuk halus

1 mangkuk udang kertas segar dibuang kulit dan dicincang kasar-saya guna 10 ekor

1 biji cili merah/1 biji cili kering dihiris halus-saya guna cili merah

3 tangkai daun kucai dipotong pendek-saya guna segenggam

3-4 cawan air suam panas +pewarna kuning @ kunyit +2 sk garam + 1 sdb gula-saya guna 2sdb gula

 

 

Roti Canai

Sarapan pagi, yang digemari oleh penduduk setempat di kawasan Lubuk Buntar, Serdang Kedah.

roti canai

 

(Sumber : https://www.google.com)

RESEPI ROTI CANAI

Hidangan : 5 - 7 Biji

Bahan-Bahan :

3 cawan tepung gandum

1 biji telur

½ cawan susu segar

3 sudu besar minyak

3 sudu besar marjerin

Sedikit air untuk menguli

 

Cara :

Campur tepung, telur, susu dan marjerin hingga lembut sambil dicampur air sedikit-sedikit. Bahagikan pada ketul-ketul kecil dan perap dengan minyak masak. Biar semalaman. Canai dan leperkan nipis-nipis. Panaskan kuali dan goreng. Bila masak, angkat dan tepuk-tepuk. Makan bersama kari ikan, kuah dal dan sambal tumis.

(Sumber : http://www.nuclearmalaysia.gov.my/puspanita/kornerasa/RotiCanai.pdf)