Tarikh | : 4 Oktober 2018 |
Masa | : 10.00 pg - 01.00 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan | |
Tujuan utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada ahli PIM terutamanya surirumah dan belia wanita yang tidak bekerja bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan.Dengan adanya kelas latihan yang diberikan oleh Puan Raihana wakil dari pihak AVON MALAYSIA cawangan Sg. Petani Kedah ,golongan tersebut boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjadi jurusolek atau mengikuti pertandingan make-up | |
Aktiviti | |
Pn. Raihana telah memulakan kelas make-up.Beliau mula dengan menyolek model sukarela ahli pim.Sepanjang sesi solekan beliau juga turut memberi penerangan yang teliti kepada teknik asas solekan dan juga berkongsi tips-tips penggunaan barang solekan dengan cara yang betul serta pemilihan setiap barangan solekan .Selesai sahaja Pn Raihana menyolek model sukarela ahli pim dengan cara yang betul para peserta dikehendaki memulakan solekan dengan menyolek wajah masing-masing . Sepanjang peserta melakukan solekan Pn.Raihana juga turut membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta secara teliti sehingga mereka berpuas hati dengan hasil solekan masing-masing. Peserta juga diperkenalkan dengan teknik pemasaran secara atas talian sekiranya ada peserta yang berminat untuk menjadi agen. | |
Gambar Disini |