Tujuan 
Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat dan menjalin kerjasama dengan jabatan seperti jabatan kesihatan KOSPEN, program dan taklimat berkaitan perkhidmatan Pusat Internet yang disediakan boleh dimanfaatkan oleh komuniti seiring saranan untuk mewujudkan masyarakat celik IT. Selain itu, bengkel eRezeki disediakan untuk peserta yang berminat menjana pendapatan secara atas talian. Advokasi KLIK DENGAN BIJAK juga turut dijalankan sebagai peringatan bagi mengelakkan masalah jenayah siber dan membudayakan penggunaan internet secara positif. 
Aktiviti 
Program Hari Bersama Dashboard Komuniti (HBDK) ini adalah satu program tahunan yang terdapat  pelbagai pengisian aktiviti seperti pendaftaran ahli percuma, kuiz ICT,KAHOOT, Advokasi, pemeriksaan kesihatan (KOSPEN),pameran dan kuiz dari pihak Perpustakaan Desa Taman Cempaka , aktiviti-aktiviti produk DASHBOARD,kempen MOBILE E-WASTE,taklimat serta kuiz dari pihak ZAKAT Serdang Kedah dan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir. Untuk makluman petugas Pusat Internet Lubuk Buntar turut membantu dalam memjayakan program Hari Bersama Komuniti ini. 
Gambar Disini