Tarikh | : 26 April 2019 |
Masa | : 10.00 pg - 12.30 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : Masyarakat setempat, agensi kerajaan,Swasta dan NGO |
Tujuan | |
Progam Hari Bersama Komuniti 2019 ini menjemput semua komuniti sekitar untuk sama-sama memeriahkan acara pada hari tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Lubuk Buntar kepada komuniti serta muatturun aplikasi "Dashboard Komuniti" disamping itu dapat mengeratkan lagi hubungan pusat internet dengan pemimpin dan masyarakat setempat. | |
Aktiviti | |
Terdapat pelbagai agensi yang terlibat pada hari tersebut, seperti Klinik Kesihatan Bandar Baharu,KOSPEN, KWSP- MOBILE, PTPTN,KISMEC,ARRAHNU PARIT BUNTAR. Antara perkhidmatan agensi yang disediakan ialah KWSP Mobile ( Semakan pencen persaraan swasta da kerjaan, pendaftaran isuri, semakan dividen dan sebagainya) dan Klinik Kesihatan ( Melakukan saringan kesihatan percuma seperti BMI, tekanan darah, gula dalam darah dan lain-lain ). Manakala aktiviti sepanjang program pula, Pertandingan Mewarna disertai oleh adik-adik pelajar Tabika KEMAS seramai 50 orang . Para VIP Jemputan terdiri daripada YG BERBAHAGIA EN AZIMI BIN DAIM selaku wakil penyelaras Pakatan Harapan Parlimen Kulim Bandar Baharu, En. Syakirin Bin Ismail ( wakil TM), En. Sahril (wakil MSD), Puan Sharliza Binti Shaari (Wakil Pengawai SKMM) , Encik Abdul Adziz Bin Buang ( Pengerusi PI) dan Ust Baihaqi Bin Mat Akhir (selaku pembaca doa PILB ). Progarm ini telah dirasmikan oleh En. Azimi bin Daim selaku wakil penyelaras Pakatan Harapan Parlimen Kulim Bandar Baharu. Acara yang paling dinantikan ialah cabutan no. bertuah dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan. |
|
Gambar Disini |