Tarikh : 18 Ogos 2019
Masa : 9.00 pg - 12.30 petang
Lokasi : Perkarangan PI Bandar Baharu
Peserta : Komuniti Setempat
Tujuan 
Melestarikan Pusat Internet sebagai pusat ICT dan kesihatan. Untuk mengeratkan Pusat Internet dengan komuniti kampung. Selain itu, mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi penjagaan kesihatan serta persekitaran bersih.
   
Aktiviti 
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah saringan kesihatan dan saringan tibi, senamrobik, acara berjalan 1000 langkah dan pemasangan bendera Malaysia. Selain itu, turut diadakan taklimat Advokasi Dan Usahawan daripada Pusat Internet Bandar Baharu, taklimat Pencernaan Minda daripada Jabatan Penerangan dan taklimat untuk Usahawan daripada Bank Islam. Diakhir program diadakan acara Cabutan Bertuah untuk pengunjung dan penyampaian hadiah kepada peserta. Terdapat juga aktiviti yang dijalankan sebelum program ini seperti Pertandingan Menaip Artikel yang bertajuk β€˜Pusat Internet Di Hati Ku’, Kelas Penandaan Peta Lokasi Lokasi Pusat Pemeriksaan dan Penjagaan Kesihatan dan Kelas Design Poster untuk Promosi Produk Kesihatan.
Gambar Disini