Tarikh : 9 April 2019
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg 
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Belia/Wanita
Tujuan 
Kelas Excel kali ini disertai oleh belia dewasa yang mana beliau merupakan seorang guru sekolah.Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan Excel.
   
Aktiviti 

Peserta diajar tentang cara-cara mengedit teks, membuat jadual, dan formula secara cepat dan mudah. Peserta diajar dan diberikan latihan untuk memudahkan mereka memahami tentang apa yang telah dipelajari. Dengan cara ini, mereka dapat menggunakan ilmu yang ada untuk melaksanakan kerja kursus atau  urusan persekolahannya. 

Gambar Disini 

Tarikh : 28 Mac 2019
Masa : 10.00 pg - 01.00 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : 2 Orang
Tujuan 
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM ini yang rata-ratanya tidak tahu penggunaan sebenar dalam penggunaan komputer, khususnya penggunaan Microsoft Word. Pendedahan asas tentang komponen , perisian dan penggunaan komputer disampaikan supaya pelajar lebih terbuka menerima perkembangan ICT yang semakin canggih.
   
Aktiviti 
  1. 1. Mengajar peserta mengenali setiap fungsi ikon yang ada di bar menu Microsoft Word.
  2. 2. Mengajar peserta mendapatkan Image daripada sumber internet.
  3. 3. Menunjukkan contoh jadual belajar yang dihasilkan menggunakan Microsoft Word yang diberi nama “School Time Table
4. Mengajar peserta menghasilkan jadual belajar.
Gambar Disini 

Tarikh : 25 Mac 2019
Masa : 10.00 pg - 12.30 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : 1 Orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh  seorang lepasan pelajar sekolah menengah yang berumur antara 17 tahun. Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar tentang asas penggunaan Microsoft Words
   
Aktiviti 
Peserta diberi tunjuk ajar tentang asas penggunaan menu-menu dan fungsi yang terdapat  di dalam Microsoft words dan seterusnya diberi latihan
Gambar Disini 

Tarikh : 27 Mac 2019
Masa : 10.00 pg - 12.30 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : 1 Orang
Tujuan 
Kesinambungan daripada kelas-kelas ICT yang sebelumnya. Peserta ini di dedahkan dengan kaedah penggunaan Microsoft Office Word dengan lebih ditil lagi untuk kegunaan peserta dalam kerja harian nya
   
Aktiviti 

Peserta diberi tugasan menyediakan contoh-contoh surat rasmi  di akhir kelas.

Gambar Disini 

Tarikh : 24 Mac 2019
Masa : 07.00 pg - 11.00 pg
Lokasi : Dataran Bandar Baharu Kedah (PIM Bandar Baharu)
Peserta
Tujuan 
Memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti kampung, agensi, JKKK, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat. Mewujudkan  komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran kebersihan.
   
Aktiviti 
Aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan memasak secara sihat bersama Adabi, pertandingan mewarna bersama keluarga dan pameran daripada agensi kerajaan dan swasta. Turut diadakan aktiviti pemeriksaan. Aktiviti lain yang diadakan ialah senaman aerobik dan sukan sepak raga.
Gambar Disini