Tarikh | : 6 September 2020 |
Masa | : 3.00 ptg - 6.00 ptg |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : Usahawan |
Tujuan | |
Tujuan kelas ini di adakan ialah bagi membantu para usahawan tempatan dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka di atas talian. Seramai 2 orang peserta terlibat dan 2 fasilitator yang membantu menjayakan program ini. Antara topik yang di sampaikan kepada peserta ialah cara membuka akaun shopee, cara memasukkan produk dalam Shopee, cara menggunakan voucher serta cara penghantaran barang shopee ke drop point kaurier. Peserta juga diajar cara kewangan di dalam Shopee. Cara bagaimana untuk masukkan akaun nombor serta memberi penerangan cara mengeluarkan duit dari ewallet shopee. Semoga usaha dalam membantu usahawan tempatan dalam bidang keusahawanan di atas talian tercapai. | |
Aktiviti | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 5 September 2020 |
Masa | : 12.00 pg - 2.30 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : Peserta Video dan Pengerusi PI |
Tujuan | |
Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang Pertandingan Video Kreatif Kemerdekaan 2020 Pusat Internet Komuniti Lubuk Buntar. | |
Aktiviti | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 13-19 Ogs 2020 |
Masa | : 3.00 ptg - 6.00 ptg |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : SEK.REN |
Tujuan | |
Mengukuhkan lagi Pusat Internet sebagai pusat tranformasi komuniti serta melahirkan bakat-bakat baru yang kreatif. | |
Aktiviti | |
Pertandingan membuat video bertemakan hari kemerdekaaan 2020 dengan menggunakan barangan terbuang atau terpakai. Video tersebut akan dimuat naik dan dikongsi ke Facebook untuk mendapat "like" terbanyak. Penerangan, bimbingan dan perbincangan antara petugas dan para peserta turut diadakan. | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 05 September 2020 |
Masa | : 10.00 pg - 12.30 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : Sukalerawan MIV dan Petugas |
Tujuan | |
MIV Komuniti adalah program sukarelawan ICT yang menumpukan kepada peningkatan literasi digital di kalangan komuniti untuk memaksimumkan faedah ICT untuk diri mereka dan komuniti serta menggalakkan perniagaan tempatan secara lebih ketara menerusi penggunaan media sosial. Melalui program MIV, para sukarelawan berpeluang berinteraksi dengan komuniti setempat bagi membimbing penggunaan ICT yang lebih positif supaya dapat membendung masalah penyalahgunaan kemudahan teknologi seperti mengaibkan orang lain di laman sosial Facebook ataupun penyebaran berita palsu di aplikasi WhatsApp. |
|
Aktiviti | |
Antara khidmat lain yang diberikan oleh sukarelawan MIV adalah melaksanakan strategi pemasaran dalam talian bagi membantu pengusaha tempatan memasarkan produk, mendidik pengunaan ICT secara berhemah, dan memupuk kesedaran masyarakat terhadap mesej-mesej advokasi MCMC. #MCMC #MIVkomuniti2020 |
|
Gambar Disini |
Tarikh | : 18 OGOS 2020 |
Masa | : 3.00 PTG - 6.00 PTG |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : DEWASA |
Tujuan | |
Pendedahan kepada multimedia kepada peserta dengan mengikuti kelas poster yang dianjurkan. Selain itu, ia dapat melahirkan komuniti yang berdigital dan berICT dan dapat membudayakan ICT di kalangan komuniti setempat. | |
Aktiviti | |
Pengenalan kelas poster oleh Petugas. Peserta mencipta email terlebih dahulu sambil dibantu Petugas. Selepas itu, peserta mencipta poster mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan tema yang diberikan. Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk membantu mereka mencipta poster dengan lebih baik. | |
Gambar Disini |