Tadika (Pra Sekolah) - 2 Buah
Sekolah Rendah - 2 Buah
1) SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK BUNTAR
Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar bermula dengan namanya Sekolah Melayu Lubok Buntar. Dibina dalam tahun 1926, Sekolah Melayu Lubok Buntar merupakan sebuah bangunan batu dua tingkat dengan tingkapnya diperbuat daripada anyaman bertam yang berbingkai kayu.
Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka pada tahun 1927 dengan stafnya seramai empat orang, seorang Guru Besar dan tiga orang guru penolong. Guru besarnya ialah Encik Ayub bin Haji Mat Akib berkelulusan dari Teacherβs College, Malacca sementara guru-guru yang lain adalah guru-guru tanpa latihan (untrained). Mereka ialah Encik Puteh bin Mohd Shariff, Tuan Haji Noh bin Penghulu Jusoh dan Encik Saad bin Ahmad.
Semasa Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka, murid-muridnya terdiri daripada murid-murid lelaki dan perempuan. Tetapi pada tahun kedua (1928), murid-murid perempuan terpaksa diberhentikan persekolahan mereka kerana tidak dibenarkan bersama-sama belajar dengan murid-murid lelaki. Perkara ini berlaku setelah sekolah ini dilawati oleh seorang Ulamak (Syaikul Islam) Kedah yang bernama Wan Sulaiman. Beliaulah yang membuat bantahan tentang perkara tersebut (system co-ed). Menurutnya, murid-murid perempuan hanya boleh belajar semula setelah ada guru perempuan yang mengajar mereka.Apabila sekolah ini mula dibuka, ia hanya ada tiga kelas β0β (sifar).
Mengikut system persekolahan pada masa itu, hanya murid-murid yang lulus dinaikkan darjah iaitu ke Darjah Satu dan seterusnya. Murid-murid yang tidak lulus dikekalkan di kelas 0 dan seterusnya.Tiada had umur untuk memasuki sekolah pada masa itu. Oleh itu, tidak hairanlah ada murid-murid yang berumur 6 tahun, 7 tahun bahkan yang berumur sebelas tahun dalam kelas 0.Dalam tahun 1930, Sekolah Melayu Lubok Buntar dibekalkan dengan dua orang guru tambahan. Mereka ialah Encik Arof bin Saad dan Encik Mohamad bin Mat Saman. Pada masa itu telah ada enam kelas iaitu Kelas 0 hingga Darjah Lima.Mulai tahun 1929, waktu persekolahan terbahagi kepada dua sesi iaitu dari jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari 2.00 petang hingga 4.00 petang.Sesi petang ialah untuk Kelas Quran Tajuwid dan Fardhu Ain.
Guru-guru yang mengajar pada sesi petang ialah Encik Yusof, Encik Khalid dan Encik Nasir.Begitulah perjalanan Sekolah Melayu Lubok Buntar sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941.Pada tahun 1935 apabila Guru Besar yang pertama, Encik Ayub bin Haji Mat Akib bersara, beliau digantikan oleh Guru Besar kedua, Encik Mat Din bin Mat.Semasa pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan markas sementara tentera Jepun untuk beberapa bulan. Pada akhir tahun 1942, Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka semula.Nama sekolah-sekolah di Tanah Melayu/Malaysia bertukar dari masa ke semasa. Begitu jugalah dengan sekolah ini; dari sekolah Melayu Lubok Buntar kepada Sekolah Umum Lubok Buntar dan seterusnya selepas kemerdekaan kepada Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar.Pada masa sekarang, Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar yang terdiri dari Bangunan Asal dan tiga bangunan yang lain berdiri megah di pekan Lubok Buntar yang warganya terdiri dari seorang Guru Besar, 2 orang Penolong Kanan, 31 orang Guru Penolong, 3 orang staf sokongan dan 431 orang murid.
Tarikh Kemaskini: 1 Sept 2013
Nama Sekolah | Sekolah Kebangsaan Lubok BuntarSekolah |
Alamat | Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar, 09800 Serdang Kedah Darul Aman |
No.Telefon | 04-4078343 |
Emel | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Website | http://KBA1005.1bestarinet.net/sklubokbuntar |
2) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) POAY CHAI
Sekolah Menengah - 1 Buah
Sekolah Agama - 1 Buah
Pusat Internet Berdekatan - 5 Buah
- Pusat Internet Bandar Baharu
- Pusat Internet Lubuk Buntar
- Pusat Internet Serdang
- Pusat Internet Sg.Batu
- Pusat Internet Selama