Cucur Jagung Parit Teropong

cucur

Bahan-bahan:

1 paket jagung segar disagat menjadi 4 cawan jagung cincang - guna 4 tongkol

4 cawan tepung gandum

1 biji telur

1 genggam ikan bilis@udang kering ditumbuk halus

1 mangkuk udang kertas segar dibuang kulit dan dicincang kasar-saya guna 10 ekor

1 biji cili merah/1 biji cili kering dihiris halus-saya guna cili merah

3 tangkai daun kucai dipotong pendek-saya guna segenggam

3-4 cawan air suam panas +pewarna kuning @ kunyit +2 sk garam + 1 sdb gula-saya guna 2sdb gula

 

 

Roti Canai

Sarapan pagi, yang digemari oleh penduduk setempat di kawasan Lubuk Buntar, Serdang Kedah.

roti canai

 

(Sumber : https://www.google.com)

RESEPI ROTI CANAI

Hidangan : 5 - 7 Biji

Bahan-Bahan :

3 cawan tepung gandum

1 biji telur

½ cawan susu segar

3 sudu besar minyak

3 sudu besar marjerin

Sedikit air untuk menguli

 

Cara :

Campur tepung, telur, susu dan marjerin hingga lembut sambil dicampur air sedikit-sedikit. Bahagikan pada ketul-ketul kecil dan perap dengan minyak masak. Biar semalaman. Canai dan leperkan nipis-nipis. Panaskan kuali dan goreng. Bila masak, angkat dan tepuk-tepuk. Makan bersama kari ikan, kuah dal dan sambal tumis.

(Sumber : http://www.nuclearmalaysia.gov.my/puspanita/kornerasa/RotiCanai.pdf)