Tarikh : 16 Oktober 2019
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Belia 
Tujuan 
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana pemahaman mereka setelah menghadiri Kelas ICT.
   
Aktiviti 
Mereka di ajar bagaimana membuat dan menggunakan font yang sesuai  dan memuat naik gambar ke dalam Microsoft Word. Setelah beberapa kali menghadiri Kelas ICT ini, para pelajar kini semakin mahir menggunakan aplikasi Microsoft Word. Kini mereka berjaya menghasilkan sendiri menu makanan tanpa perlu menempah di kedai dengan bayaran yang mahal.
Gambar Disini 

Tarikh : 16 Oktober  2019
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Wanita 
Tujuan 
Mengisi borang permohonan sekolah ke asrama penuh dengan mengunakan laman sesawang https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon
dengan bantuan para petugas.  
Aktiviti 
Melayari pelayar google untuk mencari maklumat yang dihendaki setelah siap peserta mencetak hasil kerja nya 
Gambar Disini 

Tarikh : 13 Oktober 2019
Masa : 09.30 pg - 11.30 pg
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Belia
Tujuan 
Kelas ini diadakan kepada peserta lepasan sekolah yang ingin memahirkan lagi pengetahuan dalam penggunaan Microsoft Words. Setiap minggu terdapat pelbagai topik yang akan diajar bagi memantapkan pengetahuan serta kemahiran mereka. 
   
Aktiviti 
Peserta diajar membuat surat kiriman rasmi menggunakan Microsoft Word 
Gambar Disini 

Tarikh : 11 Oktober 2019
Masa : 08.00 pg - 01.00 petang
Lokasi : PI Karangan
Peserta : Komuniti Setempat,Agensi Kerajaan , PI sekitarnya
Tujuan 
Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti. Hari Bersama Komuniti  Pusat Internet  memberi peluang kepada mereka untuk menjejak kaki ke Pusat Internet. Pelbagai program dijalankan bagi memeriahkan hari Bersama Komuniti. Dengan adanya program seperti ini , dapatlah memupuk semangat orang ramai untuk berkunjung ke PI kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. tambahan pula, melalui hbk ini pelbagai aktiviti dapat dijalankan untuk meraikan masyarakat setempat serta kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dalam menjayakan program hbk ini.
   
Aktiviti 
Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan program hbk ini seperti pemeriksaan kesihatan bersama kospen, aktiviti bersama Perpustakaan Desa serta aktiviti-aktiviti berkaitan ICT seperti word search Dashboard Komuniti, carian enjin, menaip pantas online, Dam Ular bersama Tabika Kemas, Chef Cilik menghias nasi goreng serta kraftangan bersama Perpustakaan Desa. Selain itu, Pusat Internet turut mempromosikan produk-produk serta kempen-kempen yang dijalankan seperti Muat turun Aplikasi Dashboard Komuniti, Mobile E-Waste, taklimat advokasi merangkumi klik dengan bijak dan laman web Sebenarnya.my. Bagi menarik pengunjung untuk datang, pusat internet turut menyediakan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para-para pemenang
Gambar Disini 

Tarikh : 28 September 2019
Masa : 3.00 petang - 5.30 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah 
Tujuan 
Kelas ini diadakan adalah sebagai langkah  pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah mengenai ICT. Zaman sekarang, pembelajaran dalam internet sangat digalakkan dalam melahirkan masyarakat yang celik I.T. Pembelajaran secara online dapat menarik minat pelajar ini untuk belajar tanpa rasa jemu dan bosan. 
   
Aktiviti 
Petugas memberi penerangan mengenai E-Pembelajaran kepada pelajar ini . Antaranya puzzle online dan susun gambar. Ini adalah sebahagian daripada pembelajaran online yang terdapat di dalam internet. Pembelajaran secara interaktif ini dapat membantu pelajar ini untuk belajar dengan lebih semangat.
Gambar Disini