Tarikh : 22 Julai 2019
Masa : 2.45 ptg - 6.00 ptg
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Belia
Tujuan 
Menyediakan resume menggunakan Microsoft Office Word
   
Aktiviti 
  • Petugas membantu peserta untuk menyediakan resume dengan menggunakan Microsoft Office Word. Peserta diajar cara untuk mamasukkan gambar ke dalam perisian ini dan cara menukar font yang sesuai untuk dokumen butiran peribadi. Peserta dapat menambah pengetahuan tentang perisian Microsoft Office Word. Aktiviti ini dapat mencapai objektif penubuhan Pusat Internet iaitu menjadikan komuniti di Lubuk Buntar sebagai komuniti yang celik IT.
Gambar Disini 

Tarikh : 20 Julai 2019
Masa : 03.00 ptg - 06.00 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Pelajar Menengah
Tujuan 
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan cara memuat turun klip video daripada Youtube kedalam komputer , telefon pintar, ataupun ke dalam external drive.Mereka hanya perlu taip perkataan di Online Video Converter di Google dan engine carian akan memaparkan Online Video Converter pada hasil carian. 
   
Aktiviti 
Selepas itu, mereka yang ingin memuat turun klip video atau lagu, mereka perlu menyalin link video tersebut di laman Youtube dan perlu menampalkan link yang telah disalin di bahagian yang telah disediakan. Setelah selesai menampal link tersebut, mereka perlu memprosesnya terlebih dahulu kepada format yang telah disediakan antaranya format mp3, avi, mp4 dan banyak lagi. Setelah selesai memproses kepada format yang dipilih, mereka boleh memuat turun video tersebut kedalam komputer ataupun telefon pintar. Di akhir kelas ini, mereka dapat mempelajari beberapa jenis format yang terdapat didalam multimedia dan mereka mengetahui cara untuk memuat turun tanpa perlu memasang aplikasi lain di dalam komputer ataupun telefon pintar mereka. 
Gambar Disini 

Tarikh : 18 Julai 2019
Masa : 03.00 ptg - 06.00 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Pelajar Menengah
Tujuan 
Setelah mempelajari peserta diharapkan dapat menjalankan program Microsoft Word, dan mengenali interface/tampilan dan menu-menu yang ada serta dapat membuat, menyimpan dan menutup dokumen kerja. 
peserta diharapkan dapat membuka kembali dokumen yang anda simpan dan dapat memilih/menyeleksi teks yang akan disunting/edit, dan juga menggunakan format huruf untuk diterapkan dalam dokumen.  
   
Aktiviti 
Membuat tugasan kerja khusus yang diberikan oleh guru sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan
Gambar Disini 

Tarikh : 20 Julai 2019
Masa : 2.30 ptg - 6.00 ptg
Lokasi : Dataran Bandar Baharu Kedah
Tujuan 
Kerajaan sedang dalam proses memindahkan sistem penyiaran analog yang sedia ada kepada siaran digital. Untuk menikmati siaran digital, anda perlu mendapatkan alat penerima, iaitu dekoder DVB-T2 (jenis DVB-T2) yang perlu disambungkan kepada TV anda dan aerial UHF. Selain itu, anda juga boleh menikmati siaran digital dengan membeli TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner).
   
Aktiviti 
Mengedar flyer kepada pengunjung dan juga booth-booth kerajaan sambil memberi penerangan yang berkenaan  
Gambar Disini 

Tarikh : 17 Julai 2019
Masa : 03.00 ptg - 06.00 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Pelajar
Tujuan 
Kaedah pembelajaran yang fleksibel secara bersemuka di pusat internet Lubuk Buntar, dan juga secara online memudahkan golongan pelajar ini  mendapat ilmu yang boleh diaplikasikan pada kerja khursus perniagaan dalam menambahkan nilai diri dan pengetahuan dimasa akan datang nanti
Aktiviti 
Membuat penyelidikan dan melakukan latihan yang di minta oleh guru dengan menggunakan microsoft word  
Gambar Disini