Tarikh : 26 September 2018
Masa : 10.00 pg - 5.00 petang
Lokasi : PI Kg.Kuala Selama
Peserta : 18 Orang
Tujuan 
Bengkel eRezeki dihadiri oleh peserta dari GIATMARA Larut. Bengkel eRezeki bertujuan untuk memberikan asas keusahawanan kepada peserta dan meningkatkan kemahiran ICT dalam bidang perniagaan.
Aktiviti 
Bengkel ini merangkumi beberapa aktiviti seperti pengenalan, fungsi, kelebihan dan kepentingan eRezeki. Setelah sesi pengenalan peserta di ditunjukkan cara-cara untuk mendaftar secara online.
Gambar Disini 

Tujuan 

Kaedah perniagaan ini mudah dimulakan dan dijalankan dengan modal yang rendah.Risikonya juga lebih rendah dan peniaga dapat menguruskan sendiri perniagaan mereka tanpa perlu mengupah ramai pekerja.. Buat sambil santai dan dapat meluang kan banyak masa dengan keluarga

Aktiviti 
Membuat akaun gmail kerana kebanyakan peserta belum ada lagi akaun, mula membuka akaun facebook, dan mencari maklumat-maklumat yang penting dalam google yang berkaitan dengan perniagaan atas talian 
Gambar Disini 

Tujuan 
MyHealth Dashboard diadakan untuk memberi info kepada penguna bahawa Pusat Internet juga mempunyai peralatan untuk memeriksa tekanan darah yang telah dihubungkan dengan aplikasi dashboard.Pengguna juga dapat melihat record bacaan darah mereka sebelum ini yang tersimpan didalam akaun dashboard mereka. 
Aktiviti 
Aktiviti memeriksa tekanan darah ini dibuat khusus untuk komuniti yang berumur 18 tahun dan keatas. Sekiranya dengan pemeriksaan yang lebih kerap pengguna akan diberi saguhati sebagai penghargaan  
Gambar Disini 

Tujuan 
Mempelajari dan mengetahui perkara asas dalam penggunaaan Microsoft Words.Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah berkaitan pengetahuan ICT dan penggunaan komputer, khususnya penggunaan Microsoft Word. Pendedahan asas tentang komponen , perisian dan penggunaan komputer disampaikan supaya pelajar lebih mudah untuk menggunakan dalam aktiviti harian selain dari hal-hal sekolah
Aktiviti 
1. Mengajar peserta mengenali setiap fungsi ikon yang ada di bar menu Microsoft word.
  1. 2. Mengajar peserta mendapatkan maklumat-maklumat  daripada sumber internet seperti google
  2. 3. Pelajar membuat folio kerja kursus dengan melihat contoh untuk membuat rujukan
Gambar Disini 

Tujuan 
Memberi pendedahan yang lebih mendalam terhadap kepentingan pengetahuan dalam penggunaan EMEL kepada pelajar dengan adanya pengetahuan ini pelajar boleh membina sendiri alamat emel mereka apabila mereka menggunakan peranti pintar 
Aktiviti 
Memasuki dan melayari pelayar internet GOOGLE dan mula membina akaun sendri 
Gambar Disini