Tarikh | : 6 Oktober 2018 |
Masa | : 8.30 pg - 1.00 petang |
Lokasi | : PI Kg.Kuala Selama |
Peserta | : Jemputan Orang Ramai Penduduk Setempat |
Tujuan | |
Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat dan menjalin kerjasama dengan jabatan seperti jabatan kesihatan KOSPEN, program dan taklimat berkaitan perkhidmatan Pusat Internet yang disediakan boleh dimanfaatkan oleh komuniti seiring saranan untuk mewujudkan masyarakat celik IT. Selain itu, bengkel eRezeki disediakan untuk peserta yang berminat menjana pendapatan secara atas talian. Advokasi KLIK DENGAN BIJAK juga turut dijalankan sebagai peringatan bagi mengelakkan masalah jenayah siber dan membudayakan penggunaan internet secara positif. | |
Aktiviti | |
Program Hari Bersama Dashboard Komuniti (HBDK) ini adalah satu program tahunan yang terdapat pelbagai pengisian aktiviti seperti pendaftaran ahli percuma, kuiz ICT,KAHOOT, Advokasi, pemeriksaan kesihatan (KOSPEN),pameran dan kuiz dari pihak Perpustakaan Desa Taman Cempaka , aktiviti-aktiviti produk DASHBOARD,kempen MOBILE E-WASTE,taklimat dan juga kuiz dari pihak ZAKAT Serdang Kedah dan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir. Dan untuk makluman petugas Pusat Internet Lubuk Buntar turut membantu dalam memjayakan program Hari Bersama Komuniti ini. | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 5 Oktober 2018 |
Masa | : 2.30 petang - 5.30 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : Semua Penduduk Sekitar PI |
Tujuan | |
Tujuan program ini diadakan adalah bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat dan menjalin kerjasama dengan jabatan seperti jabatan kesihatan | |
Aktiviti | |
Program Hari Bersama Dashboard Komuniti (HBDK) ini adalah satu program tahunan yang terdapat pelbagai pengisian aktiviti seperti pendaftaran ahli percuma, kuiz ICT,KAHOOT, Advokasi, pemeriksaan kesihatan (KOSPEN), ceramah kesihatan,pameran pinjaman dan pajak gadai YAPIEM, aktiviti-aktiviti produk DASHBOARD promosi facebook page Menarik Di BANDAR BAHARU dan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir. | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 02 Oktober 2018 |
Masa | : 2.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : Bilik CME,Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu |
Peserta | : 21 Orang |
Tujuan | |
Memberi penerangan dengan lebih terperinci tentang penggunaan alatan my-health yang hendak dikendalikan oleh staf pusat internet nanti.Memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. |
|
Aktiviti | |
Latihan sendiri melakukan alatan-alatan yang dibekalkan seperti penggunaan BP-tekanan darah ,cek BMI, cek tahap glukosa dalam darah dan sebagainya. | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 4 Oktober 2018 |
Masa | : 10.00 pg - 01.00 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 15 Orang |
Tujuan | |
Tujuan utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada ahli PIM terutamanya surirumah dan belia wanita yang tidak bekerja bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan.Dengan adanya kelas latihan yang diberikan oleh Puan Raihana wakil dari pihak AVON MALAYSIA cawangan Sg. Petani Kedah ,golongan tersebut boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjadi jurusolek atau mengikuti pertandingan make-up | |
Aktiviti | |
Pn. Raihana telah memulakan kelas make-up.Beliau mula dengan menyolek model sukarela ahli pim.Sepanjang sesi solekan beliau juga turut memberi penerangan yang teliti kepada teknik asas solekan dan juga berkongsi tips-tips penggunaan barang solekan dengan cara yang betul serta pemilihan setiap barangan solekan .Selesai sahaja Pn Raihana menyolek model sukarela ahli pim dengan cara yang betul para peserta dikehendaki memulakan solekan dengan menyolek wajah masing-masing . Sepanjang peserta melakukan solekan Pn.Raihana juga turut membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta secara teliti sehingga mereka berpuas hati dengan hasil solekan masing-masing. Peserta juga diperkenalkan dengan teknik pemasaran secara atas talian sekiranya ada peserta yang berminat untuk menjadi agen. | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 3 Oktober 2018 |
Masa | : 10.00 pg - 1.00 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 20 Orang |
Tujuan | |
Memberi persembahan pembentangan kepada guru atau umum boleh kelihatan hebat. Dengan adanya slide secara digital memudahkkan pemahaman dalam apa jua yang hendak disampaikan. Para pelajar didedahkan kan dengan teknik-teknik asas dalam pembuatan hasil kerja yang menggunakan power point. Walaupun pada mulanya para pelajar akan sedikit kekok hasil dari latihan dan tunjuk ajar dari petugas para pelajar boleh menghasilkan video yang hebat. | |
Aktiviti | |
Memberi penerangan berkenaan semua menu yang ada dalam powerpoint. Para pelajar diminta untuk melakukan sendiri hasil dari tunjuk ajar oleh petugas , mereka guna pelayar google untuk mencari maklumat dan memasukan kedalam powerpoint serta menggunakan semua menu yang disediakan untuk menghasilkan video yang menarik | |
Gambar Disini |