Tarikh : 24 Mac 2018
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Taman Kelulut Serdang Kedah
Peserta : 6 Orang
Tujuan 
Program ini bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih terperinci mengenai madu kelulut. Melalui program ini, pelajar  diterangkan cara penjagaan dan juga mengenali lebah kelulut dengan lebih dekat. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan keusahawanan madu kelulut 
Aktiviti 
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya menyedut lebah kelulut sendiri dengan bantuan pengusaha. Di samping itu juga, pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk merasa setiap madu di sarang lebah, dimana setiap sarang walaupun daripada jenis yang sama tapi rasa setiap sarang adalah berbeza. Di samping itu terdapat pelbagai jenis lebah yeng berada di sana dan pelajar boleh memegang lebah yang berada di situ. 
Gambar Disini

Tarikh : 22 Februari 2018
Masa : 8.00 pg - 6.00 ptg
Lokasi : Relau
Peserta : Penduduk Setempat dan Masyarakat Sekitar
Tujuan 
Menjalankan kempen Klik Dengan Bijak dan website Sebenarnya.my. Hal ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat dengan kepentingan dan kesan-kesan buruk yang akan terjadi kepada diri sendiri serta orang lain sekiranya menyebarkan sesuatu berita di media sosial tanpa selidik terlebih dahulu. Selain itu, kempen Klik Dengan Bijak dapat memberi kesedaran kepada pengguna media sosial untuk menjadi pengguna bijak dalam melayari media sosial. 
Aktiviti 
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya pertandingan mewarna untuk kategori kanak-kanak di mana semua pelajar tadika mengambil bahagian untuk pertandingan mewarna ini, cabutan bertuah sebanyak 3 sesi iaitu sesi pagi, sesi petang dan sesi malam, gerai jualan yang menjual pelbagai makanan dan minuman antaranya keropok lekor, nasi lemak, nenas dan lain-lain, permainan tradisional seperti congkak, dam dan catur serta lain-lain aktiviti 
Gambar Disini

Tarikh : 08 Februari 2018
Masa : 3.00 petang - 5.30 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : 6 Orang
Tujuan 
Mengukuhkan dan meningkatkan pemahaman dan penguasaan mengenai Bahasa Inggeris terhadap kanak-kanak. Hal ini kerana, dengan adanya kelas seperti ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk lebih mengetahui mengenai bahasa inggeris. Selain itu, bahasa inggeris merupakan bahasa antarabangsa di mana ia menjadi bahasa utama untuk kanak-kanak berinteraksi dengan orang dari luar negara. 
Aktiviti 
Membuat Latihan Bahasa Inggris asas yang merangkumi  nouns,verb dan adjective. Cara sebutan bahasa inggeris yang betul serta penerangan maksud untuk setiap perkataan agar kanak-kanak lebih memahami bahasa inggeris. 
Gambar Disini 

Tarikh : 17 Februari 2018
Masa : 8.00 pg - 4.00 petang
Lokasi : Permatang Pasir
Peserta : Masyarakat dan Penduduk Tempatan
Tujuan
Untuk memperkenal pesta rakyat kepada masyarakat tempatan untuk semua golongan antaranya golongan dewasa, belia dan kanak-kanak, mengeratkan hubungan silaturrahim diantara masyarakat yang berdekatan dan memperkasakan persatuan-persatuan yang ada di permatang pasir dan kawasan sekitarnya. 
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya memancing bagi kategori dewasa di mana hadiah wang tunai diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga, cabutan bertuah yang meliputi semua golongan iaitu golongan dewasa, belia dan kanak-kanak, gerai jualan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman antaranya air tebu. air kelapa, makanan bergorng seperti sosej, daging burger dan lain-lain. 
Gambar Disini

Tarikh : 26 Januari 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : 1 Orang
Tujuan 
Memperkenal dan mengukuhkan pemahaman mengenai Powerpoint. Memberi penerangan mengenai kelebihan dan kekurangan menggunakan powerpoint serta penerangan mengenai tools yang berada di powerpoint. Selain itu, penerangan mengenai maklumat, image dan sebagainya yang boleh diletakkan di powerpoint juga turut diberitahu agar pelajar mengetahui lebih dalam fungsi powerpoint. 
Aktiviti 
Membuat Latihan Powerpoint yang melibatkan tulisan, memasukkan image serta membuat presentation. Hal ini agar pelajar tersebut mahir bukan saja dari segi teori malah dari segi praktikal. Latihan yang diberikan merangkumi semua asas-asas powerpoint, agar mudah bagi pelajar tersebut mengaplikasikan apa yang diajar kerana sudah memahami perkara-perkara asas di powerpoint. 
Gambar Disini