Tarikh | : 24 Mac 2019 |
Masa | : 07.00 pg - 11.00 pg |
Lokasi | : Dataran Bandar Baharu Kedah (PIM Bandar Baharu) |
Peserta | : |
Tujuan | |
Memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti kampung, agensi, JKKK, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat. Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran kebersihan. | |
Aktiviti | |
Aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan memasak secara sihat bersama Adabi, pertandingan mewarna bersama keluarga dan pameran daripada agensi kerajaan dan swasta. Turut diadakan aktiviti pemeriksaan. Aktiviti lain yang diadakan ialah senaman aerobik dan sukan sepak raga. | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 19 Mac 2019 |
Masa | : 10.00 pg - 01.30 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan | |
Memberi panduan dan cara untuk mengisi borang UPU secara ONLINE dengan memasuki laman sesawang https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/ | |
Aktiviti | |
Peserta diminta untuk menggunakan pelayar google atau mozilla yang telah dikemaskini . Pengisian itu perlu dibuat dengan teliti oleh peserta , peserta juga perlu mendapatkan no pin dari pihak bank simpanan nasional | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 17 Mac 2019 |
Masa | : 10.00 pg - 01.00 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan | |
Pada 17 Mac 2019 telah berlangsung Kelas Asas Komputer yang disertai oleh seramai 2 orang peserta dewasa berumur dalam lingkungan 20-an. Kelas tersebut disertai oleh penduduk kampung Lubuk Buntar. Kelas yang bermula pada jam 10 pagi dimulakan dengan asas pengetahuan tentang komputer serta segala jenis software yang terdapat dalam komputer. |
|
Aktiviti | |
Setelah peserta mempelajari tentang asas komputer, peserta didedahkan mengenai Microsoft Word dan asas penggunaan Microsoft Word. Selain itu, peserta juga didedahkan mengenai fungsi atas βbuttonβ yang terdapat dalam Microsoft Word dan cara penggunaan papan kekunci dan tetikus dengan betul. Selesai pengetahuan asas komputer, peserta diajar cara menulis surat kiriman rasmi dengan format yang betul. Peserta diberi tunjuk ajar dengan sewajarnya oleh tenaga pengajar PI Lubuk Buntar untuk menulis surat kiriman rasmi. Kelas tersebut berlangsung selama 3 jam dan tamat pada jam 1 tengahari. |
|
Gambar Disini |
Tarikh | : 17 Mac 2019 |
Masa | : 2.30 ptg - 5.30 ptg |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan | |
Pihak PI Lubuk Buntar telah melaksanakan program Bengkel pengisian Jawatan Kosong melalui beberapa website antaranya SPA8i untuk memberi pendedahan kepada pada peserta program yang inigin mencari pekerjaan melalui secara atas talian. | |
Aktiviti | |
Peserta program di beri taklimat bagaimana cara pengisian yang betul mengisi kekosongan jawatan yang terdapat di laman web terpilih sehingga berjaya menghantar permohonan. Semoga dengan terlaksananya bengkel ini, sedikit sebanyak telah dapat membantu serta manfaat kepada para belia beliawanis untuk pencarian kerja yang selamat secara atas talian. |
|
Gambar Disini |
Tarikh | : 14 Mac 2019 |
Masa | : 10.00 pg - 01.00 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 3 Orang |
Tujuan | |
Mengumpul dan menganalisa data murid bagi memastikan pencapaian dasar kerajaan di dalam bidang keberhasilan utama negara (pendidikan) iaitu meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan | |
Aktiviti | |
Semua guru-guru prasekolah diajar dan dibantu dalam pengisian maklumat pelajar dalam laman sesawang https://smpk.moe.gov.my/ oleh petugas pusat internet kerana semua guru masih kurang mahir dalam pengisian maklumat secara atas talian | |
Gambar Disini |