Tarikh | : 6 Mac 2019 |
Masa | : 02.30 ptg - 4.30 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan | |
Bertujuan untuk melatih peserta menaip surat rasmi dengan menggunakan Microsoft Word, menggunakan semua kelebihan yang ada dalam Words seperti highlight,bold,copy n paste dan sebagainya | |
Aktiviti | |
Peserta diberi penerangan terlebih dahulu mengenai latihan menaip surat rasmi, kemudian peserta berlatih menaip surat rasmi dengan berpandukan kertas edaran yang disediakan oleh petugas. Kebaikan aktiviti ini , peserta mengetahui cara menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word, peserta dapat meningkatkan kelancaran menaip , peserta mendapat ilmu menaip surat rasmi dan memudahkan urusan di luar pusat internet dan dapat melahirkan peserta yang Celik IT. | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 04 Mac 2019 |
Masa | : 10.00 pg - 12.30 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan | |
Peserta diberi latihan Ms Words bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran peserta dalam penggunaan Ms Words |
|
Aktiviti | |
Dalam modul asas ini, peserta yang menggunakan Microsoft Word didedahkan dengan fungsi aplikasi tersebut dan juga beberapa butang asas mudah. Peserta juga diberi tugasan untuk menaip satu karangan ringkas di mana karangan tersebut mengandungi beberapa arahan sebagai contoh menukar font, saiz, penukaran line spacing, underline, bold, italic dan juga alignment. Mereka juga mencari bahan rujukan di pelayar Google untuk dimasukan dalam Words | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 1 Mac 2019 |
Masa | : 10.00 pg - 12.45 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan | |
Memberi kesedaran kepada peserta tentang ilmu pendidikan yang terdapat di laman Youtube selain daripada video hiburan semata-mata.
|
|
Aktiviti | |
Program βFree sketch with Youtubeβ ini adalah aktiviti yang mana peserta diminta untuk menonton video melalui laman Youtube yang bertajuk βTurning words into cartoonβ. Kemudian para peserta diagihkan bahan-bahan seperti kertas dan alat tulis. Seterusnya, mereka bebas untuk melukis berpandukan tutorial yang sudah mereka tonton di laman youtube. |
|
Gambar Disini |
Tarikh | : 2 Mac 2019 |
Masa | : 2.45 ptg - 4.45 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan | |
Pihak pengurusan Pusat Internet telah mengadakan Kelas SPA8 Online. Kelas ini khas diadakan kepada mereka yang baru sahaja menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memasuki alam pekerjaan bagi menunggu panggilan sambung belajar | |
Aktiviti | |
Kelas ini dijalan untuk membantu mereka mengisi borang online kerja dan menggunakan laman web SPA8!,JBA dan JOBsMalaysia untuk melihat senarai kerja yang boleh mereka ambil berdasarkan keputusan SPM mereka. Disini juga kami memberi sedikit penerangan terhadapat segelintir kos yang mereka kurang pasti agar mereka dapat membuat keputusan dengan sebaik mungkin. | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 24 Februari 2019 |
Masa | : 3.00 ptg - 5.30 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan | |
Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah rendah merupakan calon UPSR tahun 2019, kelas tuisyen ini bertujuan untuk membantu peserta mengulangkaji pelajaran dengan mudah secara atas talian. | |
Aktiviti | |
Petugas memberikan tugasan kepada peserta untuk menyelesaikan soalan subjek yang berkaitan UPSR yang dipilih di platform https://upsronline.com/. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta dan sama-sama menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan bersama-sama. | |
Gambar Disini |