Tarikh | : 22 Februari 2018 |
Masa | : 8.00 pg - 6.00 ptg |
Lokasi | : Relau |
Peserta | : Penduduk Setempat dan Masyarakat Sekitar |
Tujuan | |
Menjalankan kempen Klik Dengan Bijak dan website Sebenarnya.my. Hal ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat dengan kepentingan dan kesan-kesan buruk yang akan terjadi kepada diri sendiri serta orang lain sekiranya menyebarkan sesuatu berita di media sosial tanpa selidik terlebih dahulu. Selain itu, kempen Klik Dengan Bijak dapat memberi kesedaran kepada pengguna media sosial untuk menjadi pengguna bijak dalam melayari media sosial. | |
Aktiviti | |
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya pertandingan mewarna untuk kategori kanak-kanak di mana semua pelajar tadika mengambil bahagian untuk pertandingan mewarna ini, cabutan bertuah sebanyak 3 sesi iaitu sesi pagi, sesi petang dan sesi malam, gerai jualan yang menjual pelbagai makanan dan minuman antaranya keropok lekor, nasi lemak, nenas dan lain-lain, permainan tradisional seperti congkak, dam dan catur serta lain-lain aktiviti | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 17 Februari 2018 |
Masa | : 8.00 pg - 4.00 petang |
Lokasi | : Permatang Pasir |
Peserta | : Masyarakat dan Penduduk Tempatan |
Tujuan |
|
Untuk memperkenal pesta rakyat kepada masyarakat tempatan untuk semua golongan antaranya golongan dewasa, belia dan kanak-kanak, mengeratkan hubungan silaturrahim diantara masyarakat yang berdekatan dan memperkasakan persatuan-persatuan yang ada di permatang pasir dan kawasan sekitarnya. | |
Aktiviti |
|
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya memancing bagi kategori dewasa di mana hadiah wang tunai diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga, cabutan bertuah yang meliputi semua golongan iaitu golongan dewasa, belia dan kanak-kanak, gerai jualan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman antaranya air tebu. air kelapa, makanan bergorng seperti sosej, daging burger dan lain-lain. | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 26 Januari 2018 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan | |
Memperkenal dan mengukuhkan pemahaman mengenai Powerpoint. Memberi penerangan mengenai kelebihan dan kekurangan menggunakan powerpoint serta penerangan mengenai tools yang berada di powerpoint. Selain itu, penerangan mengenai maklumat, image dan sebagainya yang boleh diletakkan di powerpoint juga turut diberitahu agar pelajar mengetahui lebih dalam fungsi powerpoint. | |
Aktiviti | |
Membuat Latihan Powerpoint yang melibatkan tulisan, memasukkan image serta membuat presentation. Hal ini agar pelajar tersebut mahir bukan saja dari segi teori malah dari segi praktikal. Latihan yang diberikan merangkumi semua asas-asas powerpoint, agar mudah bagi pelajar tersebut mengaplikasikan apa yang diajar kerana sudah memahami perkara-perkara asas di powerpoint. | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 08 Februari 2018 |
Masa | : 3.00 petang - 5.30 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 6 Orang |
Tujuan | |
Mengukuhkan dan meningkatkan pemahaman dan penguasaan mengenai Bahasa Inggeris terhadap kanak-kanak. Hal ini kerana, dengan adanya kelas seperti ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk lebih mengetahui mengenai bahasa inggeris. Selain itu, bahasa inggeris merupakan bahasa antarabangsa di mana ia menjadi bahasa utama untuk kanak-kanak berinteraksi dengan orang dari luar negara. | |
Aktiviti | |
Membuat Latihan Bahasa Inggris asas yang merangkumi nouns,verb dan adjective. Cara sebutan bahasa inggeris yang betul serta penerangan maksud untuk setiap perkataan agar kanak-kanak lebih memahami bahasa inggeris. | |
Gambar Disini |
Tarikh | : 15 Januari 2018 |
Masa | : 3.00 petang - 500 petang |
Lokasi | : PI Lubuk Buntar |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan | |
Memudahkan pelajar mengigati sifir tanpa perlu menghafal sifir. Hal ini dapat menjimatkan masa pelajar dalam menjawab ujian dan peperiksaan serta pelajar dapat memahami lebih banyak sifir tanpa menghafal. Selain itu, ia dapat menarik perhatian dan tumpuan pelajar untuk lebih memahami dan menyukai matapelajaran matematik. Di samping itu, sifir juga merupakan perkara asas dalam matematik. | |
Aktiviti | |
Memperkenalkan cara mudah ingat sifir mengunakan 'table' dan mengigati sifir tanpa menghafal dengan menggunakan cara-cara tertentu. Selain itu, latihan juga diberikan kepada pelajar-pelajar untuk memastikan pelajar tersebut memahami sifir tersebut tanpa menghafal. | |
Gambar Disini |