Tarikh : 5 November 2019
Masa : 09.30 pg - 01.00 petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : Pen.Pengurus Kluster Bandar Baharu 
Tujuan 
Memberi taklimat dengan lebih ditil dan lanjut berkenaan Kempen Rahsiakan Maklumat Peribadi PDPA dibawah Akta 709   
   
Aktiviti 
Sesi soal jawap diantara Pen.Pengurus dengan penceramah
Gambar Disini 

Tarikh : 2 November 2019
Masa : 10.00 pg - 12.30 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Belia 
Tujuan 

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.

   
Aktiviti 
Pihak Pusat Internet menyediakan perkhidmatan mengisi borang nikah ini kepada bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan. Permohonan nikah boleh dibuat di laman web http://www.sppim.gov.my/sppim/home. Petugas Pusat Internet sedia membantu kepada semua calon yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka 
Gambar Disini 

Tarikh :28 Oktober 2019
Masa :08.30 pg - 01.00 petang
Lokasi

:Bilik Mesyuarat, Tingkat 5,Ibu Pejabat TM Kedah/Perlis Kompleks Kristal TM,Jalan Kolam     Air,Alor Setar,Kedah Darul Aman

Peserta :Kakitangan TM Bagi Pejabat TM di Negeri Kedah/Perlis dan juga petugas-petugas Pusat   Internet Malaysia
Tujuan 
Mengadakan sesi penerangan berkenaan Akta Perlindungan Data Peribadi kepada semua Pengurus PI Negeri Kedah yang dibawah seliaan TM/MSD.  Selepas sesi penerangan ini semua Pengurus wajib melaksanakan TOT kepada setiap Penolong Pengurus di PI masing-masing  serta menjalankan penerangan kepada seluruh komuniti PI.  
Aktiviti  
Sesi Pagi
8.30 pagi Ketibaan Para Jemputan     
    Ketibaan Ketua Pengarah    
9.00 pagi    Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)    
    Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)    
    Ucapan Aluan Pengerusi Majlis    
    Nyanyian Lagu Negaraku    
    Bacaan Doa    
    Ucapan Aluan daripada Pengurus Besar TM Negeri Kedah/Perlis    
9.30 pagi        Minum Pagi    
10.00 pagi     Pengenalan kepada Akta 709, APDP    
    oleh YBrs Tuan Mazmalek Bin Mohamad    
    Ketua Pengarah JPDP, KKMM    
    Sesi Soal Jawab    
    Penyerahan Sijil Penyertaan oleh Ketua Pengarah JPDP kepada para peserta    
    Penyerahan Cenderahati oleh TM kepada Ketua Pengarah JPDP    
1.00 tengahari      Makan Tengahari dan Bersurai    
Sesi Petang        
2.00 petang                Ketibaan Tetamu    
    Ketibaan Ketua Pengarah JPDP    
    Bacaan Doa    
    Ucapan Aluan dan Taklimat Berkenaan Perlaksanaan PDP di TM    
    Oleh Puan Ainul Azlinda Binti Inon Shaharuddin    
    Pengurus Besar, Strategi Perundangan dan Harta Intelek (LSIP), TM    
2.30 petang    Taklimat Akta 709, Akta Pelindungan Data Peribadi (APDP)    
    Oleh YBrs Tuan Mazmalek Mohamad    
    Ketua Pengarah    
   

Jabatan Perlindungan Peribadi, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM)

   
    Sesi Soal Jawab    
    Penyerahan Cenderahati Oleh TM kepada Ketua Pengarah JPDP    
4.00 petang         Minum Petang dan Bersurai           
Gambar Disini 

Tarikh : 1 November 2019
Masa : 10.00 pg - 12.30 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Murid Sekolah Rendah Tahun 6
Tujuan 
Peserta diberi tunjuk ajar dalam penggunaan powerpoint, cara membuat slide menambah foto memasukkan animasi dan sebagai nya yang dikehendaki oleh guru , mereka juga diberi pendedahan dalam mencari maklumat dengan mengunakan pelayar google, mereka juga membuat hantaran maklumat dengan menggunakan aplikasi frog kepada guru mereka, hasil kerja di jadikan dalam bentuk salinan video 
   
Aktiviti 
membuat latihan kerja kursus yang diberikan oleh guru dengan bantuan petugas pusat internet 
Gambar Disini 

Tarikh : 25 Oktober 2019
Masa : 10.00 pg - 11.30 pg
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : belia 
Tujuan 
Membantu ahli Pusat Internet Lubuk Buntar yang tidak mempunyai capaian internet untuk menjawab peperiksaan online SPA.
   
Aktiviti 

Seorang ahli Pusat Internet yang layak menduduki peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan tidak mempunyai capaian internet di rumah mereka telah memohon  menggunakan Pusat Internet untuk menyelesaikan peperiksaan mereka. Peperiksaan tersebut bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Gambar Disini