Tarikh : 28 September 2019
Masa : 3.00 petang - 5.30 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah 
Tujuan 
Kelas ini diadakan adalah sebagai langkah  pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah mengenai ICT. Zaman sekarang, pembelajaran dalam internet sangat digalakkan dalam melahirkan masyarakat yang celik I.T. Pembelajaran secara online dapat menarik minat pelajar ini untuk belajar tanpa rasa jemu dan bosan. 
   
Aktiviti 
Petugas memberi penerangan mengenai E-Pembelajaran kepada pelajar ini . Antaranya puzzle online dan susun gambar. Ini adalah sebahagian daripada pembelajaran online yang terdapat di dalam internet. Pembelajaran secara interaktif ini dapat membantu pelajar ini untuk belajar dengan lebih semangat.
Gambar Disini 

Tarikh : 22 September 2019
Masa : 3.00 petan - 5.30 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Lepasan SPM
Tujuan 

Mahu belajar membuat resume kerana mereka mahu memohon kerja, para peserta ini tiada pengetahuan dalam menghasilkan resume. Jadi petugas mengajar mereka cara untuk menghasilkan sebuah resume yang menarik untuk digunakan pada sesi temuduga dengan beberapa syarikat nanti.

   
Aktiviti 
Menggunakan perisian Microsoft Word dalam menghasilkan resume mereka , diajar cara memasukan table, menukar font , saiz dan sebagainya
Gambar Disini 

Tarikh : 5 September 2019
Masa : 10.00 pg - 01:00 petang
Lokasi : PI Serdang
Peserta : Pengurus Kawasan
Tujuan 

Mesyuarat Pengurus Kluster Bandar Baharu telah diadadakan di Pusat Internet Serdang pada  5 september 2019. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan perjalanan dan tugas staf PIM Kluster Kulim-Bandar Baharu (di bawah pengurusan MSD) untuk program/gerak kerja sepanjang bulan September hingga Disember 2019. 

   
Aktiviti 

Dalam masa yang sama untuk membincangkan hal berkaitan β€œMaster Plan” 2020. Setiap staf PI Kluster Kulim-Bandar Baharu akan sentiasa peka dengan KPI dari MSD, TM dan juga SKMM. Setiap staf PI1M juga tahu tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan sesuatu program serta dapat berbincang secara berdepan untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit

Gambar Disini 

Tarikh : 12 September 2019
Masa : 08.00 pg - 01.00 petang
Lokasi : SMK SELAMA KEDAH
Peserta : Pelajar,Guru ,Agensi Dan Petugas
Tujuan 
Pameran KDB (Klik Dengan Bijak) Hari Kantin SMK Selama, Kedah diadakan bagi memberi kesedaran kepada setiap pengguna internet yang terlalu mudah terdedah kepada internet pada masa sekarang. 
   
Aktiviti 
Pameran KDB dengan kerjasama SMK Selama, Kedah pada program Hari Kantin. Pelbagai aktiviti berkaitan advokasi disediakan untuk pelajar sekolah sepanjang pameran dijalankan. Pelajar juga diberikan penerangan tentang advokasi Klik Dengan Bijak di booth pameran. 
Gambar Disini 

Tarikh : 6 September 2019
Masa : 09..30 pg - 01.00 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Wanita
Tujuan 
Membuka akaun gmail, menggunakan gmail dan mengetahui fungsi gmail serta memasuki aplikasi CANVA untuk belajar membuat stiker perniagaan 
   
Aktiviti 
Peserta mencipta akaun gmail sendiri. 
Gambar Disini