Tarikh : 24 Ogos 2019
Masa : 8.30 pg - 01.00 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Komuniti setempat dan pelbagai agensi
Tujuan 
Objektif program ini diadakan adalah untuk melestarikan Pusat Internet sebagai PUSAT ICT DAN KESIHATAN serta mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan Komuniti Kampung ,Agensi,MPKKK dan NGO untuk mewujudkan komuniti yang sihat .Selain itu mewujudkan komuniti yang mesra ICT dan TEKNOLOGI untuk penjagaan kesihatan dan persekitran yang bersih 
   
Aktiviti 
1. PENDAFTARAN PENGUNJUNG DAN AHLI
2. SENAMROBIK
3. PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN GIGI
4. PAMERAN AGENSI
5. CERAMAH KESIHATAN
6. TUTORIAL BERUS GIGI (KANAK - KANAK)
7. MEWARNA KANAK-KANAK
8. PERTANDINGAN MAKANAN SIHAT
9. WORD SEARCH ONLINE
10. KAHOOT ONLINE
11. PUZZLE ONLINE 
Gambar Disini 

Tarikh : 19 Ogos 2019
Masa : 10.00 pg - 12.30 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Belia 
Tujuan 
Tujuan kelas ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran menggunakan perisian-perisian komputer. Dalam pada masa yang sama, meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang ICT.  
   
Aktiviti 
Pelajar diberikan penerangan dan pengenalan kepada penggunaan Microsoft Word dalam kehidupan seharian. Selain itu, mereka diberikan latihan menaip dalam bentuk rumusan akaun yang hendak di bentangkan dalam membuat pinjaman peribadi di kemudian hari nanti.
Gambar Disini 

Tarikh : 18 Ogos 2019
Masa : 9.00 pg - 12.30 petang
Lokasi : Perkarangan PI Bandar Baharu
Peserta : Komuniti Setempat
Tujuan 
Melestarikan Pusat Internet sebagai pusat ICT dan kesihatan. Untuk mengeratkan Pusat Internet dengan komuniti kampung. Selain itu, mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi penjagaan kesihatan serta persekitaran bersih.
   
Aktiviti 
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah saringan kesihatan dan saringan tibi, senamrobik, acara berjalan 1000 langkah dan pemasangan bendera Malaysia. Selain itu, turut diadakan taklimat Advokasi Dan Usahawan daripada Pusat Internet Bandar Baharu, taklimat Pencernaan Minda daripada Jabatan Penerangan dan taklimat untuk Usahawan daripada Bank Islam. Diakhir program diadakan acara Cabutan Bertuah untuk pengunjung dan penyampaian hadiah kepada peserta. Terdapat juga aktiviti yang dijalankan sebelum program ini seperti Pertandingan Menaip Artikel yang bertajuk β€˜Pusat Internet Di Hati Ku’, Kelas Penandaan Peta Lokasi Lokasi Pusat Pemeriksaan dan Penjagaan Kesihatan dan Kelas Design Poster untuk Promosi Produk Kesihatan.
Gambar Disini 

Tarikh : 16 Ogos 2019
Masa : 10.00 pg - 12.30 petang
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Belia
Tujuan 
  • Memberi pendedahan berkaitan perkembangan teknologi maklumat.
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan komputer dalam melaksanakan tugas seharian.
  • Meningkatkan kemahiran menggunakan kemudahan internet.
   
Aktiviti 
Memasukan maklumat yang dikehendaki oleh pihaK PERKESO dilaman sesawang https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/login 
Gambar Disini 

Tarikh : 08 Ogos 2019
Masa : 2.30 ptg - 05.00 ptg
Lokasi : PI Lubuk Buntar
Peserta : Pelajar Menengah 
Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Office Word dalam menghasilkan teks dan kotak dalam sesebuah carta. Di awal kelas ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan dengan cara untuk memasukkan kotak dalam sesebuah surat dan memasukan teks di dalam sesebuah kotak

   
Aktiviti 
 Mereka juga turut diberikan penerangan berkaitan dengan format surat yang akan digunakan. Selesai penerangan, mereka diberikan latihan menghasilkan surat dengan merujukan contoh surat yang telah diberikan. Dalam masa kurang 1 jam sahaja mereka dapat melengkapkan latihan yang telah diberikan.
Gambar Disini